Gaduh gaduh Di Rumpun Selera 0 komen

Zorro dapat video dalam email. Pengirim cakap dia merakam video ini menggunakan HP.

Terima kasih kerana sedikit editing dibuat meskipun itu bukanlah apa yang berlaku.

Nasib baik Zorro tiada disitu, kalau ada, mesti ada cap Z sudah semua orang ni. Makcik dalam video ni marah sampai terbuka buka tudung. Adesssssss.... malu pula zorro tgk!



Orang Orang LD, Jangan lah bergaduh di depan KEDAI orang. Maluuuuuuuuuuuuuu!!!

Selamat Hari Raya LD 1 komen




Zorro LD sembahyang raya di masjid Tabanak. Dan nampak suasana yang sangat meriah. Semua keluar, miskin kaya semua duduk sama sama di dalam masjid menghadap Tuhan yang maha agung pencipta alam semesta. Selamat Hari Raya.

Mari Dengar lagu raya Zorro nyanyi ni. Tekan Play!


Pelelong~ 6 komen


Lahad Datu ni memang best! senang cari makan..

Pernah dengar isu pelelong d Lahad Datu?

Pelelong ni orang-orang yang menjual di sekitar Pasar Rakyat dan Pasar Ikan tanpa lesen..

mereka mengambil kesempatan atau pun d beri peluang oleh pihak-pihak tertentu ntuk menjual dengan bebas d hadapan Pasar Rakyat terutamanya..

dan akhirnya orang-orang berlesen yang rugi kerna hasil jualan semakin merudum..

Isu ini sudah lama berlarutan.. mengapa semua pihak seakan berdiam diri?

Bandar Sri Perdana Bandar Sampah? 6 komen

Pemandangan setiap hari yang akan dilihat oleh warga Sri Perdana, Lahad Datu Sabah.

2 keadaan sahaja yang boleh berlaku disini, Warga Sri Perdana tidak pandai buang sampah ke dalam rumah sampah atau pun lori MDLD lambat ambil sampah sampai melimpah limpah.

Nda tau lah... mana yang betul. Tapi, kebersihan tanggungjawab bersama.

1Silam 6 komen


YB Prihatin di Lahad Datu siapa lagi kalau bukan YB Salleh Kalbi. Orangnya rajin blogging. Sekali dia menulis, punya panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang. Hohoho...

Tapi, zorro mau komplen tu gambar bah di depan airport tu. Kenapa YB bergambar sama binatang?

Tiada suda kah orang ida'an, bugis, bajau mau begambar sama YB? Jangan la kasi orang turun airport pikir yang 1silam tu binatang binatang dan YB.

Aiya... sapa lah designer ni. Kin malu YB zorro jak.

Pasar Malam LD 2 komen

Pasar malam! Bulan puasa inilah tempat paling meriah. Siapa ada cerita pasal pasar malam, tolong bah hantar cerita disini. Dulu kawan zorro ada peret di pasar malam ni, tapi sekarang sudah pegi KK cari makan.
Macam macam ada jual disini, dari siang sampai malam peniaga pasar malam ni berniaga. Kalau lapar, nda susah di LD ni. Pergi saja pasar malam!
Huhu...

PUSPAKOM LAHAD DATU 1 komen


ini ada cerita tentang PUSPAKOM LAHAD DATU, sekadar cerita tentang cermin gelap. Seorang kawan zorro yang memiliki kereta import yang secara originalnya bercermin hitam sejak mula dibeli. Dia bercerita dengan admin beberapa bulan lalu dia mahu menjual keretanya tapi gagal kerana tidak approved PUSPAKOM gara gara cermin hitam yang original itu.

Dia mengatakan kepada pegawai puspakom tu bagitau dia yang PUSPAKOM tidak boleh meluluskan pemeriksaan keretanya itu kerana cermin nya gelap. Dia menyatakan kepada pegawai tersebut, bahawa sejak dari awal lagi mmg cermin itu adalah cermin asal dan bukan tinted.

Tapi ini lah jawapan pegawai puspakom LAHAD DATU yang berkaca mata, "Kau pakailah dulu kereta ni, tidak payah jual lah. Selagi boleh pakai, pakai lah."

Tertanya tanya juga, apa punya statement lah ni. Beli pada asalnya boleh, tapi bila jual tidak lulus pulak ujian puspakom.

Kawan zorro bingung dan bertambah bingung kerana merasa undang undang yang pelik.

Salam LD 2 komen


Selamat Blogging orang Lahad Datu. Saya adalah zorro LD  yang akan menapis ruangan blog lahaddatusahaja.blogspot.com

Tapisan bertujuan menjaga isi kandungan serta topik yang bertepatan dengan sesuatu isu atau keadaan semasa.

Blog ini bukan tempat cerita yang seperti dibawah,

Ah Kau : Kau nda pegi sekolah kah ni hari?

Ah Koo : Warna coklat!

Ah Kau : Maksud kau?

Ah Koo : Kalau kau nda suka, biar la bah.

Ah Kau : Bingung aku dengan kau ni. Apa bah kau cakap ni? Kau faham ka aku cakap apa?

Ah Koo : Kalau begitu, kau bagi aku coca cola.

Ah Kau : (orang tanya lain, jawab lain. Tuli kali kawan ku ni. - didalam hati)