Pelelong~


Lahad Datu ni memang best! senang cari makan..

Pernah dengar isu pelelong d Lahad Datu?

Pelelong ni orang-orang yang menjual di sekitar Pasar Rakyat dan Pasar Ikan tanpa lesen..

mereka mengambil kesempatan atau pun d beri peluang oleh pihak-pihak tertentu ntuk menjual dengan bebas d hadapan Pasar Rakyat terutamanya..

dan akhirnya orang-orang berlesen yang rugi kerna hasil jualan semakin merudum..

Isu ini sudah lama berlarutan.. mengapa semua pihak seakan berdiam diri?

6 komen:

  1. ada sesuatu yg tak kena ;)

  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
  3. huiyo... apa tu pelelong?

    bukan macam lelong.com.my tu kah? macam lain jak bunyi nya ni. boleh terangkan lebih jelas lagi.

  4. rasuah tahap dewa berlaku disini. kos satu2 operasi pembersihan penjaja haram oleh majlis daerah adalah mahal dan di 'claim' sewenang2nya. tapi tiada perubahan.. majlis sampah!

  5. jangan ko emosi soriadi..

    dorang tu x da lesen mjual.. tapi dorang tu tetap mbayar ufti hehehe.. paham2 la.. Lahad Datu jak masi gini kan?

    aku d tawau hari tu..
    waaa~ jauh berbeda suda men..
    siapa la yang gagal d LD ni.. kerja ka tidur dorang ni hehehe

  6. konsepnya mudah, selagi ada permintaan, selagi itu ada penawaran... dan berbalik kpd pokok pangkal senario ini, soal KETELUSAN pihak berkenaan perlu diberi perhatian oleh mana² agensi penguatkuasaan yg memiliki lebih kuasa autoriti terhadap penguasa tempatan khususnya dlm skop LD... Apa yg lebih jelek, trdpt segelintir pihak yg menjadi duri dlm daging, seakan menggadaikan hak keistimewaan kita sbg bumiputera kpd "pedagang asing"... Kita sama² pemestautin LD, jgn kerana ada sedikit "kuasa" yg dibawa melalui TAG atau jata penguasa tempatan, kita menangguk di air keruh sedangkan golongan lain tertindas secara tidak langsung... Dlm soal ini, tiada siapa yg betul, dn klu hendak dipersalahkan, semua pihak perlu dibabitkan utk situasi yg tak sudah ini, dr penjaja, rakyat sbg pembeli, hinggalah kpd pihak penguasa tempatan, sama² menitikkan nila ke dlm susu... konklusinya, tidak adakah antara kita yg sedar mengenai hak² yg patut kita kecapi & perolehi sebagai warganegara dan penduduk LD khususnya? Adakah hak² istimewa serta kelebihan kita sebagai bumiputera Malaysia telah tenggelam disebalik pekikan "promosi" pelelong?