PUSPAKOM LAHAD DATU


ini ada cerita tentang PUSPAKOM LAHAD DATU, sekadar cerita tentang cermin gelap. Seorang kawan zorro yang memiliki kereta import yang secara originalnya bercermin hitam sejak mula dibeli. Dia bercerita dengan admin beberapa bulan lalu dia mahu menjual keretanya tapi gagal kerana tidak approved PUSPAKOM gara gara cermin hitam yang original itu.

Dia mengatakan kepada pegawai puspakom tu bagitau dia yang PUSPAKOM tidak boleh meluluskan pemeriksaan keretanya itu kerana cermin nya gelap. Dia menyatakan kepada pegawai tersebut, bahawa sejak dari awal lagi mmg cermin itu adalah cermin asal dan bukan tinted.

Tapi ini lah jawapan pegawai puspakom LAHAD DATU yang berkaca mata, "Kau pakailah dulu kereta ni, tidak payah jual lah. Selagi boleh pakai, pakai lah."

Tertanya tanya juga, apa punya statement lah ni. Beli pada asalnya boleh, tapi bila jual tidak lulus pulak ujian puspakom.

Kawan zorro bingung dan bertambah bingung kerana merasa undang undang yang pelik.

1 komen:

  1. puspakom klu berani buat betul2 la. pas kasi pas.. rejek kasi rejek walaupun kamu check tu kereta beliau ku..